Sejarah

Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Julai 1969. Nama sekolah ini diambil sempena nama Menteri Besar Perak yang pertama sebelum merdeka iaitu Datuk Haji Abdul Wahab Bin Tok Muda Abdul Aziz (Datuk Panglima Panglima Bukit Gantang).
Perasminya ialah Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Bin Yaakub, Menteri pelajaran pada ketika itu.

Kewujudan sekolah ini mendahului namanya pada 10 Januari 1966. Pelajar-pelajar dalam aliran melayu telah belajar di sekolah ini yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Parit Buntar.

Sebelum sekolah ini ditubuhkan, pelajar-pelajar aliran melayu mengikuti pelajaran mereka di sekolah Menengah Methodist, Parit Buntar sejak tertubuhnya Darjah Menengah Kebangsaan pada tahun 1962.

Pada permulaan pembukaannya, sekolah ini terdiri daripada 3 buah bangunan setingkat yang mengandungi sebelas buah bilik darjah, sebuah bilik pengetua dan pejabat, sebuah bilik guru, dua buah makmal, sebuah bilik sains rumah tangga dan sebuah kantin dan tandas. Terdapat sebelas buah kelas yang menampung seramai 450 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 3.

4 ulasan:

  1. seronok dapat tahu sejarah sekolah.. harap dapat banyak lagi info lepas nie..

    BalasPadam
  2. Saya adalah pelajar pertama di sekolah ini dengan nama "Sekolah Menengah Kebangsaan" Parit Buntar Sahaja

    BalasPadam
  3. Saya adalah pelajar Tkt1 hingga 3 (1971-73).

    BalasPadam